ATASI MASALAH KAKI BERBAU


EUWWWW....kaki berbau....hilang keyakinan...ku...

Sebagai seorang wanita yang selalu ingin tampil cantik, pemilihan kasut yang sesuai harus diambil kira. Pada masa sama perlu juga berhati-hati dengan kesihatan kaki terutama bagi yang menghadapi masalah peluh kaki berlebihan.


Kehadiran peluh bukanlah sesuatu yang buruk kerana ia adalah proses perkumuhan semula jadi tubuh. Namun, ia kurang menyenangkan apabila peluh keluar berlebihan atau disebut hyperhidrosis.


Keadaan lebih tidak selesa apabila ia membabitkan bahagian kaki atau plantar hyperhidrosis kerana jika dibiarkan boleh menjadi penyakit kulit.


Kaki berpeluh boleh berlaku pada semua orang dan menimbulkan masalah fungus atau kulat serta bakteria penyebab bau yang kurang enak.

Kebiasaannya kulat pada kaki akan muncul di celah-celah jari dan telapak kaki. Ia biasanya berlaku pada mereka yang memakai kasut tertutup dalam jangka masa lama (lebih empat jam), lebih-lebih lagi di iklim tropika yang mudah menyebabkan seseorang itu berpeluh.


Sebaiknya lap dan keringkan kaki bila mula rasa kurang enak kerana terasa lembap akibat peluh.


Kulat dan bakteria yang muncul akibat peluh bukan saja menjadi penyebab kaki berbau, bahkan jika dibiarkan keadaan mungkin menjadi lebih teruk termasuk penyakit kulit akibat kulat dan memerlukan rawatan perubatan selanjutnya.


Kemunculan kulat kaki dan bakteria juga boleh menular kepada orang lain. Kebiasaannya ia berlaku akibat tabiat pinjam meminjam kasut atau sandal.



5 TIPS UNTUK ELAK BAU KAKI:
1. Simpan kasut di tempat yang sepatutnya
Jangan menyimpan kasut sembarangan. Selain dapat menyebabkan kasut lebih cepat rosak, ia juga boleh menimbulkan bau yang tidak enak. Simpan kasut di tempat yang aliran udaranya lancar, atau gunakan silica gel jika menyimpan kasut di dalam kotak.

2. Bersih dan gosok di celahan jari kaki
Setiap kali mandi jangan lupa bersihkan celah-celah jari kaki. Ini adalah kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang paling lembab.Jika terlampau kotor juga boleh menjadi punca bau yang kurang menyenangkan. Gunakan sabun mandi dan berus lembut untuk menggosok.

3. Rendam kaki dengan teh, garam atau guna serbuk kopi
Teh dipercayai mampu menghilangkan bau yang kurang enak. Rendamlah kaki dalam besen yang telah diisi air suam dan hampas teh, rendam selama 10 minit.  Selain teh, boleh juga gunakan garam dengan cara yang sama. Manakala serbuk kopi pula boleh  dibungkus dengan kain bersih, kemudian masukan ke dalam kasut selama semalaman.

4.  Pastikan kaki kering sebelum memakai kasut
Cara yang terbaik untuk elak daripada kaki berbau ialah dengan memastikan kaki kita sentiasa kering. Keringkan kaki terutama sekali di celahan jari kaki kerana di situlah  tempat bakteria selalu membiak serta meninggalkan bau yang busuk.
Jika perlu, tukar kasut anda setiap hari.Jika anda memakai kasut yang sama setiap hari, anda mungkin menderita bau kaki. Jagalah juga kebersihan kasut dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan kering.

5. Berjumpa doktor
Sekiranya bau kaki anda tidak juga hilang, cara terbaik  berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta rawatan. Mungkin doktor akan memberikan anda antibiotik untuk menghapuskan bakteria yang membiak di kaki.

Jika anda tidak ingin dijauhi oleh orang lain atau pun kawan-kawan hanya kerana bau kaki, cubalah tips menghilangkan bau kaki ini Semoga ia berhasi dan selepas ini anda mungkin tidak akan malu atau berasa tertekan lagi dengan masalah bau kaki!

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN LAPOR DIRI KE TEMPAT KERJA BARU

Mungkin sesekali keterasingan lebih baik untuk mengukur dalamnya selautan rindu namun bila kita yang menguji wajarlah untuk kita menerima bila kita sendiri yang rasa teruji. Untuk sebuah cinta mungkin segalanya menjadi indah tapi untuk satı keterlukaan, terkadangkala untuk kit memberikan sejumlah kemaafan itu cuku payah. Maka jadilah luka seribu rindu yan pedihnya cukup menyiksakan jiwa.