TIPS PENJAGAAN GIGI
ADAKAH GIGI KITA SIHAT….
Penjagaan Gigi. Adakah anda mengambil berat tentang kesihatan gigi
anda? Adakah anda faham tentang penjagaan gigi yang tepat?
Gigi merupakan aset berharga yang selalu kita kena jaga. Tanpa adanya gigi,
kita tak akan dapat merasakan betapa nikmatinya makan, mengigit serta mengunyah
makanan.
Kesihatan gigi bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan begitu
sahaja. Untuk merawat gigi agar tetap sihat dan kuat memerlukan rawatan
maksimum serta penjagaan sejak dari kecil, bermula saatnya seorang bayi itu
tumbuh gigi.
Bagi ada yang menginginkan gigi yang putih, bersih dan tanpa karang
gigi, berikut tips penjagaan gigi secara semulajadi, mudah dan murah:
1. Berus gigi dengan displin
Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi
penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas
makan dan ini akan membuatkan anda rasa ‘fresh’dan mulut sentiasa bersih setiap
kali lepas gosok gigi.
Sekurang-kurangnya beruslah gigi tiga kali sehari. Pagi, tengah hari dan
sebelum tidur. Paling penting, sebelum tidur kerana sisa-sisa makanan yang
berbaki dapat dibuang. Jadi, bakteria tidak akan membiak dan membantu
mengurangkan karang gigi.
2. Jaga pemakanan
Pemakanan mesti dijaga, cuba kurangkan makanan yang agak manis dan
melekit kerana akan menyebabkan ia melekat di celah-celah gigi. Bukan
dilarang makan, cuma kurangkan pengambilannya sahaja.
Contohnya coklat atau apa-apa sahaja makanan yang melekit yang
menyebabkan anda tercungkil-cungkil gigi menggunakan lidah selepas makan.
Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Ini
dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.
3. Gunakan pencuci mulut berflorida
Sebaiknya, kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum
tidur tapi mesti digunakan selepas beberapa minit memberus gigi. Bukan
sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan tindakbalas
antara pencuci mulut dan ubat gigi.
Dinasihatkan 30minit sebelum dan selepas menggunakan ‘mouthwash’ ini
jangan ambil sebarang makanan. Pilih pencuci
mulut berflorida yang tiada kandungan alkohol kerana ia boleh
menyebabkan ‘ulcer’ bagi yang mempunyai gusi sensitif.
4. Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan ‘scaling’
Perkara ini bukan sesuatu yang harus anda lakukan pada setiap
hari. Tetapi, anda harus membuat pemeriksaan gigi secara berkala,
sebaik-baiknya enam bulan sekali.
Carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masanya untuk
berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda
tentang kesihatan mulut dan gigi anda. Doktar gigi akan memberi nasihat kepada
anda tentang penjagaan gigi yang betul.
5. Berkumur selepas makan
Jangan lupa untuk berkumur dengan air putih selepas anda selesai makan.
Selain itu anda digalakkan memberus gigi sejam selepas makan. Tetapi, anda
tidak disarankan melakukannya sebaik sahaja selepas akan kerana ia akan
menyebabkan gigi anda mudah rapuh dan rosak.
6. Kunyah ‘chewing gum’ selepas makan
Selain tips penjagaan gigi di atas, anda juga boleh mengunyah gula-gula
getah. Gula-gula getah ini akan berfungsi sebagai pembersih sisa-sisa makanan
pada gigi. Cuma, apa yang perlu anda pastikan, pilih gula-gula getah yang
kurang mengandungi gula dan tidak manis.

Comments
Post a Comment