pkp 2020

Pkp – perintah kawalan pergerakan di laksanakan . semua pejabat di tutup dan tidak dibenarkan beroperasi sehingga ke suatu tarikh yg belum pasti bila…maka bermula lah episode aku menjadi surirumah tangga sepenuh msa. Seperti menjalankan rutin harian membasuh mengemas memasak mmbeli bahan basah hanya lah ketua keluarga. Tidak dibenarkan keluar bdua atau lebih dalam satu masa .dalam satu kereta. Suami lah yg keluar memanjat pasaraya membeli barang basah dan brang kering utk keperluan kami sekeluarga. Pembelian tidak lah panic, Cuma kuantiti agak lebih dr biasa kerana, semua ahli keluarga berada di rumah sepanjang masa. Oelh yang demikian, waktu us time adalah waktu makan.

Pg buat sarapan, tengha hari masak lauk kegemaran spt iakn siggam, sayur air oren dan sbg nya. Hari demi hari, pelagai menu di buat..dan d makan oleh kami sehingga tibanya hari di mana aku sudah di panggil utk memulakan tugas semula di pejabatku. Berdasarkan jadual yg telah ditetapkan dimana dlm satu masa hanya sebilangan pekerja dibenarkan berada di dalam pejabat dan separuhlagi bekerja di rumah (BDR). Walau bagaimanapun,tugas tetap perlu dijalankan walaupun BDR. Dan semua pekerja mesti melengkapkan buku log tugasan BDR. dan di kembalikan kepada ketua unit sebaik pkp selesai. Kini pkp telah menjalani banyak fasa spt pkp, pkpb dan sekarang pkpp yakni pembersihan. Semua pekerja mestilah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan di mana , setiap pegawai yang hadir bekerja mestilah di ambil bacaan suhu dan direkodkan serta pegawai mestilah memakai pelitup hidung jika bergejala dan sentiasa disinfeksi tangan apabila menyentuh permukaan dengan cecair sanitizer atau air dengan kerap sepanjang berada di pejabat bagi memutuskan rantaian pandemic COVID 19.

Aku memilih untuk bekerja seperti biasa tanpa memohon BDR. Walaupun taska di tutup dan anak berada dirumah. Bagi aku, adalah lebih selamat anak berada di rumah berbanding berada di taska walaupun taska di buka kelak. Memandangkan SOP taska juga amat ketat bg memastikan anak jagaan sentiasa bersih dan bebas dari kuman dan sebagainya. Hari raya aidilfitri yang jatuh pd 25 mei juga di sambut ala kadar kerana negara masih lagi bertarung melawan dengan virus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Dan pada hari aidilfitri itu hanya hari raya pertama sahaja dibenarkan menziarahi keluarga namun bagi yang tinggal di negeri yang berlainan tidak dibenarkan sama sekali pulang ke kampong dan melawat sanak saudara sperti tahun2 yang sudah. Kerana di khuatiri virus akan semakin merebak dan melahirkan kluster2 baru yang semakin memenatkan seluruh para frotnliner negara kita.

Alhamdulillah pada 10 Jun 2020, Kerajaan mengumumkan semua diblehkan merentas negeri namun begitu mesti lah mengamalkan norma-norma baharu seperti memakai pelitup hidung, kerap basuh tangan , elakkan kawasan sesak dan sempit dan sentiasa awasi amaran2 dari pihak kerajaan dari semasa ke semasa. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan warga emas sangat di nasihatkan berada dirumah sahaja kerana golongan ini amat berisiko mendapat jangkitan tambahan lagi jika mereka sedia ada mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti jantung, kencing manis,dan sebagainya.

Tanggal 20 Mei 2020, Aku telah dikejutkan satu berita yg amat menyedihkan diriku dan juga keluarga ku, iaitu kakak aku yg bernama tg serimah di jemput ILLAHI sebaik waktu berbuka puasa pd jam 7.00 ptg. Malam itu, aku bergegas ke rumah kakak yg disebelah arwah rumah mak di Paya Berenjut. Proses pengebumian dijalankan keesokan hari kerana menanti kepulangan anak sulong arwah dari Perak. Jam 11, 21 Mei 2020, selesai semua urusan dan doaku agar roh akak ku ditempatkan bersama insan2 yang beriman. AAMIN ALFATIHAH. Aku pulang ke rumah dengan hati yg amat lara. Pilu. Seolah olah belum dapat menerima takdir kakak telah kembali kepangkuan illahi. Namun aku redha akan kepergian dia. Dia telah lama menghidap penyakit darah tinggi  dan penyakit ini merupakan penyakit keturunan kerana arwah ibu ku juga pergi sebaik sahaja mendapat serangan angin ahmar pada tahun 2009.

Aku masih lagi menerusakn hidupku sebagai seorang pelajar . pada 2019 , April aku telah mendaftakan diri ku sebgai seorang pekajar di kolej university TATI di Kemaman. Mengikuti jurusan Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan pengurusan pembuatan. Tempat belajar akunjuga tidak ketinggalan terkesan dengan pandemic covid 19, pihak TUTUIC telah mewajibkan kelas berlangsung secara maya melalui beberapa aplikasi seperti ZOOM dan Microsift TEAMS. Pada sesi ini , aku beruntugn kerana semua sesi belajar di dalam talian bahkan ujian , kuiz juga dilaksanakan di dalam talian. Makan tika inilah peluang mesti dirangkul kemas supaya dapat memperolehi markah markah yang cemerlang lagi hebat. Tapi bagi aku sama sahaja.

Mungkin kelebihan kepada pelajar secara fizikalnya kami tidak begitu penat berkejaran ke kolej selepas waktu kerja. Kerana selesai waktu kerja, kelas bermula jam 8.00 malam di dalam talian dan kelas boleh di hadiri di mana mana sahaja asalkan pelajar turut hadir di dalam kumpulan yang telah di wujudkan oleh pengajar di dalam applikasi Microsoft teams. Ia juga salah satu norma baharu bagi aku dan juga pelajar2 lain. Dan ia semakin menyeronokkan. Sesi class boleh direkod di dalam talian dan boleh di dengar bila bila masa jika ada pelajar tidak mengikuti kelas berkenaan.

Applikasi MICROSOFT TEAM bole di muat turun melalui handphone dan juga laptop . jadi semua pelajar mestilah memunyai laptop agar semua dokumen yang diedarkan oleh pengajar boleh dimatturun dengan sempurna untuk satu satu subjek. Bagi sesi kuiz dan ujian pula, sebaik sahaja pelajar tamat menjawab soalan, pelajar dikehendaki mengimbas/ scan dokumen dengan segera dan di muatturun kepada pengajar melalui email yang telah diberikan. Mungkin kekangan akan berlaku disitu dimana dokumen boleh tercicir atau pengimbas tidak dpt mengimbas dokumen dengan jelas. Ini antara masalah yang dihadapi pelajar dan sering juga berlaku kepada pelajar dan pengajar dimana semasa sesi kelas berlangsung, liputan audio dan video tidak begitu jelas dan terdapat sedikit gangguan yang berkemungkinan datang dari telekomunikasi atau kawasan kawasan yang jauh dari pencawang telekomunikasi. Maka berlaku juga ketiaddan suara atau paparan slide di dalam laptop pelajar. Itulah antara masalah yang dihadapi oleh kami setakat berlangsungnya kelas di dalam talian.

 

Mempunyai suami yang memahami dan anak yang mengerti bagi aku amatlah pentign dalam kehidupan aku yang bergelar seorang ibu, isteri, pekerja dan pelajar. Sememangnya masa 24 jam yang dikurniakan tuhan itu seolah amat singkat bagi aku, namun aku cuba menyelesaikan segala tugasan dengan baik walaupun terkadang , suami juga membantu aku memasak di dapur dan anak menolong aku menjemur pakaian. Ini menjadikan aku lebih bersemangat untuk memenruskan pelajaran aku sehingga tamat dan bergelar seorang siswazah. Walaupun pada masa ini aku telah pun berumur kira kira 39 tahun, namun ia tidak sikitpun mematahkan semangat aku untuk terus bangkit dan melengkapkan ilmu aku dalam bidang pengurusan pembuatan. Bagi ku, umur bukan lah satu penghalang dalam proses kita untuk menjadi manusia yang berguna dan Berjaya dalam hidup. Bahkan ramai tokoh tokoh yang Berjaya, semuanya mencapai kejayaan masing masing dihujung usia, dan mereka menikmati hidup dengan selesa dan bahagia bersama keluarga mereka. Malah mereka terkenal di serata dunia contohnya KOLONEL Sanders, pengasas KFC, jack Maa pengasas ALIBABA dan banyak lagi tokoh tokoh ulung lain.

            Aku suka untuk mengimbas kembali kehidupan aku dimasa kecil. Harap korang dapat baca ini dan seronok. Haha..masuk bakul sendiri pulak aku ni. Aku dilahirkan pada 5 OGOS 1981, di kg kuala timam. Ibu ku bernama tengku Fatimah binti tengku hitam dan ayahku bernama tengku adzam bin tengku ali. Kedua ibu bapaku adalah merupakan sepupu. Biasalah orang zaman dahulu suka menyatukan sepupu sepupu . agar tidak terputus tali persaudaraan aku percaya korang pun biasa dengar ayat aku ni. Aku merupakan ank bongsu dari 7 adik beradik. Sekarang aku ceritakan sedikit mengenai latar belakang sejarah hidup aku dan 6 beradik aku yang lain. Kami 7 beradik hidup susah. Kerana ayah aku tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tiada pendapatan lumayan berbanding ibu ibu saudara ku yang lain yang bersuamikan pegawai kerajaan. Semasa itu bekerja di dalam sector kerajaan amat di pandang mulia dan hebat di mata saudara mara , sahabat handai. Ayah aku?...dia hanya seorang pemandu lori. Dia memandu lori dan berulang alik ke singapura. Menghantar barang atau ikan yang di pesan oleh tauke2 di singapura. Dahulu nak  masuk singapura bukan macam sekarang guys…kire hebat juga la ayah aku tu kan….tapi hebat itu hanya di mata ku. Bukan di mata abang dan kakak ayh aku. Mereka sentiasa memandang hina dan rendah kepada ayh dan ibu kerana kami tidak memiliki wang atau pun kereta . anak pula ramai. Utk pengetahuan korang , 5 kakak aku yg teratas di lahirkan di kuala Terengganu. Cuma aku dan 1 kakak lahir di kg kuala timam. Ya mesti korang hairan kan….datuk aku telah memilih untuk berhijrah dan menetap di kuala kemaman dan membawa bersama keluarga ku tinggal di sini.sampai sekarang. Panjang lagi kisah ni…..nanti aku sambung lagi yer…

16 jun 2020- 5.42 petang

 


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN LAPOR DIRI KE TEMPAT KERJA BARU

Mungkin sesekali keterasingan lebih baik untuk mengukur dalamnya selautan rindu namun bila kita yang menguji wajarlah untuk kita menerima bila kita sendiri yang rasa teruji. Untuk sebuah cinta mungkin segalanya menjadi indah tapi untuk satı keterlukaan, terkadangkala untuk kit memberikan sejumlah kemaafan itu cuku payah. Maka jadilah luka seribu rindu yan pedihnya cukup menyiksakan jiwa.