PEMESINAN AM

Ialah satu bidang yang menjadi pilihan ramai pada masa kini dimana bidang ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai mesin-mesin yang dikendalikan secara manual, automatic dan CNC. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu rekabentuk kejuruteraan, pengendalian dan pengurusan peralatan serta sistem pembuatan dengan penekanan terhadap proses pemesinan. Melalui proses pemesinan, kemahiran penggunaan mesin dan peralatan dititikberatkan yang mana ia merangkumi peralatan mesin konvensional termasuklah mesin larik, kisar dan canai serta peralatan mesin CNC termasuklah CNC Milling Centre, CNC Turning, CNC Grinding, CNC EDM Wire Cut dan CNC EDM Die Sinker. Disamping itu juga, para pelajar turut diberi latihan kemahiran berkaitan kaedah pengukuran jitu melalui peralatan CMM serta pengujian klinikal termasuk kesan penggunaan, kekuatan bahan dan ketahanan rekabentuk produk. Selepas tamat latihan pelajar akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Jurumesin mahir diperlukan untuk mengendali, menyelenggara dan membaiki pelbagai jenis mesin, kelengkapan dan peralatan. Peluang pekerjaan terdapat di bengkel-bengkel kejuruteraan, pelebur logam (foundri), kilang-kilang perkakas mesin, tempat pembinaan dan membaiki kapal, kilang penapis minyak serta bengkel-bengkel pembuatan serta membaiki loji dan jentera. Di antara pekerjaan tersebut adalah Pemesin Am (Operasi Larik / Canai / Kisar) atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang pemesinan.




Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN LAPOR DIRI KE TEMPAT KERJA BARU

Mungkin sesekali keterasingan lebih baik untuk mengukur dalamnya selautan rindu namun bila kita yang menguji wajarlah untuk kita menerima bila kita sendiri yang rasa teruji. Untuk sebuah cinta mungkin segalanya menjadi indah tapi untuk satı keterlukaan, terkadangkala untuk kit memberikan sejumlah kemaafan itu cuku payah. Maka jadilah luka seribu rindu yan pedihnya cukup menyiksakan jiwa.