tentang aku...

salam sejahtera..lama tk bersiaran disini...biasalah apabila menyandang jawatan ibu, pekerja, pelajar, dalam satu masa...beginilah rutin hidup aku. Awal pagi sudah mengatur tapak ke opis dengan menaiki kereta dalam kira kira 35 minit perjalanan. Dekat tidaklah begitu dekat, hmpir 35kilometer. Sejak menjawat jawatan pegawai kerajaan inilah rutin aku sejak 25 Novermber 2008. Keluar rumah pada jam 6.40 pagi di saat jiran masih lagi lena di ulit mimpi. Aku telah memulakan perjalanan ke pejabat. Melepaskan tanggungjawab anak yang satu kepada suami yang siap sedia berpakaian sambil menanti anak bersiap, di ambilnya kain yang siap di basuh untuk dijemur. Tugas dia menghantar anak ke sekolah yang berhampiran dengan rumah kami dalam 3kilometer. Selesai menghantar anak, dia pula terus ke pejabat untuk memulakan tugas dia sebagai pemandu.ya. dia seorang pemandu lori di syarikat kejuruteraan di Chukai. Sejak tahun 2010 lagi. Dia berhasrat untuk pencen dengan syarikat ini sahaja kelak. umur dia pun sudah menjangkau 47 tahun pada tahun ini. Bagi aku, hidup sekarang tidak ada istilah pencen. selagi bernafas, kita perlu bekerja mencari wang , mencari sesuap nasi. Masa depan tiada sesiapa pun dapat tafsirkan. ia bagai mimpi. realiti ialah masa sekarang, iaitu waktu ini atau saat ini. alhamdulillah masih bernafas ,masih mengingati tuhan yang maha kaya. sebenarnya aku bukan nya pandai bercerita. bukan pandai menulis. tapi aku minat. aku tidak tahu bagaimana aku bermula . aku cuma mahu tulis tulis dan tulis apa yang aku pernah lalui sepanjang kehidupan ku.sejak aku dilahirkan. Banyak kisah sedih dalam hidup aku ni. aku minat bercerita. tuhan dah bagi kepandaian, usah pula kita bazirkan. kita mesti bersyukur atas tiap nikmat yang tihan kurniakan kepada kita walaun pun sehela nafas yang tersisa ini.


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN LAPOR DIRI KE TEMPAT KERJA BARU

Mungkin sesekali keterasingan lebih baik untuk mengukur dalamnya selautan rindu namun bila kita yang menguji wajarlah untuk kita menerima bila kita sendiri yang rasa teruji. Untuk sebuah cinta mungkin segalanya menjadi indah tapi untuk satı keterlukaan, terkadangkala untuk kit memberikan sejumlah kemaafan itu cuku payah. Maka jadilah luka seribu rindu yan pedihnya cukup menyiksakan jiwa.